KATA NAMA AM
Kata Nama Nama
- Kata nama am ialah kata nama yang menyatakan nama benda , manusia, haiwan, tumbuhan, bangunan dan
tempat secara am
- contoh kata nama:
a) manusia;
- ayah, abang kakak, pakcik, datuk, nenek, cikgu, encik, tuan dan lain-lain
b) haiwan;
- ayam, unta, kaldai, serangga, rusa, lembu, semut, itik, harimau, gajah, kancil, buaya dan lain-lain
c) benda;
- kipas, kerusi, lantai, kereta, papan, motosikal, penyapu, pen, buku, payung dan lain-lain.
d) tumbuhan;
- sayur, pokok, padi, kelapa, serai, keladi, ubi, durian, rambutan, meranti, cengal, dan lain-lain
e) bangunan;
- kedai, sekolah, pejabat, rumah, menara, dan lain-lain
f) tempat;
- padang, jalan, kampung, bandar, estet, bandar, ladang, kebun, sawah, dan lain-lain
Soalan Latihan;
1. ___________ hidup di padang pasir.
A. Ular C. Kucing
B. Unta D. Cacing
2. Ayah membeli sebiji __________ sempena hari jadi adik.
A. nasi C. kek
B. ayam D. donut
3. ____________ Puan Maznah terletak di bandar Seremban.
A. Pejabat C. Bangunan
B. Hospital D. Kampung
4. Cikgu Aznan membeli sebuah ____________ Proton Pesona.
A. basikal C. motosikal
B. lori D. kereta
5. Ibu menggoreng ikan di ____________ .
A. bilik C. dapur
B. atap D. ruang tamu
No comments:
Post a Comment