Soalan Tatabahasa
Bahagian 1: (5 markah)
Soalan kata nama am. Pilih perkataan yang paling
sesuai untuk melengkapkan soalan-soalan itu.
1 Pelajar-pelajar yang
belajar diluar negeri tinggal di _____________.
A hotel C bangsal
B asrama D warung
2 Ibu makan dua ulas ___________ sahaja kerana perutnya sudah kenyang.
A durian C tembikai
B kelapa D rambutan
3 Kapal tangki
itu singgah di ___________.
A stesen C pelabuhan
B lapangan terbang D perhentian
4 Banduan-banduan
itu ditahan di dalam ____________.
A makmal C pentas
B istana D penjara
5 Kereta-kereta
yang rosak dihantar ke __________ untuk di baiki.
A bengkel C kilang
B zoo D klinik
Bahagian 2: (5 markah)
Pilih perkataan yang berlawanan dengan perkataan yang bergaris bawah
dalam setiap butiran berikut.
6 Pak Dolah
dapat menangkap burung itu.
A menawan C memburu
B melepaskan D menembak
7 Budak gemuk
itu tidak kuat.
A gagah C lemah
B sakit D berani
8 Ikan-ikan
dalam akuarium itu mati.
A hidup C segar
B wafat D tumbuh
9 Keadaan
negeri itu tidak aman.
A damai C senang
B susah D huru-hara
10 Baju budak itu basah terkena hujan.
A lembab C kering
B panas D sejuk
Bahagian 3: (5 markah)
Setiap soalan di bawah ini diberikan empat kata
gandaan tetapi satu saja yang paling sesuai bagi melengkapkan soalan itu. Pilih kata ganda yang paling sesuai
11 Bangunan-bangunan
di bandar raya itu ___________ belaka.
A pendek-pendek C hodoh-hodoh
B tinggi-tinggi D dalam-dalam
12 Kakinya
_________ kerana duduk terlalu lama.
A semut-semut C anai-anai
B kuda-kuda D layang-layang
13 Di
kebunnya ditanam ________ bunga.
A daun-daun C batang-batang
B tangkai-tangkai D pokok-pokok
14 ________
suka merosakkan harta benda kita.
A lalat-lalat C anai-anai
B labah-labah D sumpah-sumpah
15 Cahaya
___________ di jalan raya sungguh terang ketika malam.
A api-api C bola-bola
B lampu-lampu D kuang-kunang
Bahagian 4: (5 markah)
Setiap butiran di bawah ini diikuti oleh empat kata hubung. Pilih kata hubung yang paling sesuai bagi
setiap soalan di bawah.
16 Ali
___________ bapanya pergi ke pasar.
A dan C jika
B sebab D tetapi
17 Budak
kecil itu ___________ berani.
A serta C tetapi
B apabila D atau
18 Awak mahu
minum teh __________ milo?
A dan C sambil
B kerana D atau
19 Budak itu
membaca ___________ makan kuih.
A atau C sambil
B lalu D supaya
20 Rajin-rajinlah
belajar ___________ lekas pandai.
A sebab C dan
B supaya D kalau
Bahagian 5: (5 markah)
Setiap butiran di bawah ini diikuti oleh empat perkataan
berimbuhan. Pilih perkataan yang paling
sesuai.
21 Linda
_________ keluarganya pergi ke India .
A tersama-sama C bersama-sama
B menyama-nyama D penyama-nyama
22 Emak
_________ air yang sejuk itu.
A dipanaskan C memanas
B memanaskan D berpanas
23 __________
di Singapura sangat tinggi.
A bangunan C pembangunan
B dibangunkan D membangun
24 Kakinya
luka kerana ___________ kaca.
A memijak C berpijak
B dipijak D terpijak
25 ___________bola
itu telah patah.
A dipukul C pemukul
3 memukul D pukulan
Bahagian 6: (5 markah)
Berikan makna simpulan bahasa di bawah.
26 Aminah
selalu memakai alas kaki ketika berjalan.
A tidak berkasut C berkaki
ayam
B kasut, selipar 4 pelokek
atau
terompah
27 Orang yang
baik hati disayangi orang.
A suka menolong orang lain
B suka memuji orang lain
C suka mengumpat
D suka mengutip
28 Kebanyakan
penduduk kampung itu buta huruf.
A boleh membaca dan menulis
B boleh menari dan menyanyi
C boleh makan dan minum
D tidak tahu membaca dan menulis
29 Encik Halim
seorang kaya yang tangkai jering.
A pemurah C lokek atau kedekut
B tamak D rajin
30 Osman
lebih suka makan gaji daripada bekerja sendiri.
A menerima bayaran tetap
B menerima makanan dan minuman
C menerima hadiah
D menerima pujian
Bahagian 7: (5 markah)
Baca dengan teliti petikan karangan
di bawah ini dan jawab semua soalan yang mengikutinya. Berdasarkan petikan karangan di bawah, pilih
jawapan yang paling sesuai bagi setiap butiran berikut
Pada zaman dahulu, raja yang
memerintah sebuah negeri baru saja dikurniakan seorang puteri. Puteri baginda terlalu cantik parasnya. Semasa kelahiran puteri tersebut ramai
pari-pari yang datang membawa jenis hadiah yang indah. Salah satu hadiah yang dibawa ialah tiga biji
bola kecil yang comel.
Tuan Puteri sangat disayangi rakyat jelata. Apabila besar dia menjadi seorang puteri yang
berbudi bahasa selain memiliki rupa paras yang sungguh menawan. Dia tidak sombong dengan dayang-dayangnya dan
semenjak kecil Tuan Puteri itu asyik bermain-main dengan tiga biji bola hadiah
sewaktu dia dilahirkan. Semua orang tahu
dia cekap bermain dengan tiga biji bola itu.
Pada suatu hari, sedang Tuan Puteri asyik melambung-lambungkan bola-bola
kesayangannya dia terserempak dengan Dara, anak tukang kebun istana yang sedang
menangis teresak-esak.
Puteri raja itu menghampiri Dara dan bertanya perlahan, “Wahai Dara,
mengapakah kamu menangis?”
“Ampun tuanku,” jawab Dara lagi sambil teresak-esak.
“Hamba akan dikahwinkan dengan buah hati hamba esok, tetapi ……tetapi….”
31 Raja yang memerintah negeri tersebut
baru mendapat ___________.
A seekor kuda putih C sebiji
bola
B seorang cahaya mata D sebuah
rumah
32 Cahaya
matanya seorang anak _____________.
A jantan C perempuan
B lelaki D betina
33 Apakah
hadiah kesayangan tuan puteri tersebut?
A bunga C kereta
B baju D tiga biji bola
34 Apabila
besar dia menjadi seorang puteri yang ____________.
A jahat C sombong
B berbudi bahasa D mengomel
35 Dara
adalah _____________.
A anak tukang kebun istana C anak nelayan
B anak raja D anak menteri
Bahagian
8: (5markah)
Setiap
butiran di bawah ini mengandungi dua ayat tunggal. Sambungkan ayat-ayat itu dengan kata hubung
yang sesuai supaya menjadi satu ayat yang betul.
36 John
suka main bola sepak. Gopal suka main
bola sepak.(dan/atau)
__________________________________________________________
37 Hasnah
menangis. Wang perbelanjaannya telah
hilang.( oleh/kerana)
__________________________________________________________
38 Loceng
telah berbunyi. Ramai murid masih makan.(walaupun/lalu)
__________________________________________________________
39 Ikan
itu masih hidup. Ikan itu sudah mati.(tetapi/atau)
__________________________________________________________
40 Saya
akan pergi ke rumah awak. Saya ada masa
lapang.(jikalau/ataupun)
__________________________________________________________